Germinoid F, yang merupakan sebuah robot yang direka untuk menyerupai seorang wanita dewasa telah dibangunkan sebagai satu projek yang sedang berjalan di University Osaka, Jepun. Walaupun masih di peringkat pembangunan, penciptanya Hiroshi Ishiguro ia menyediakan cara asas bagi menilai interaksi manuasia dengan robot sebagai satu cabang sains dipanggil “sains android”.
Teknologi paling penting pada sistem robot ini ialah penyegerakan antara gerak bibir dan suara percakapannya, kata Hiroshi. Ini memberi kesan dalam memberi penampilan yang lebih realistik kepada robot berkenaan.
Robot ini telah dipertontonkan dalam acara World Robot Conference yang dilangsungkan di China baharu-baharu ini dan ia telahpun mempunyai peminat-peminatnya sendiri di mana terdapat barisan panjang pengunjung yang ingin mengambil gambar dan berselfie dengannya.
Sedutan dari filem Sayonara
Robot ini juga mungkin merupakan satu-satunya robot yang mempunyai profil IMDB bagi peranannya dalam filem 2015, “Sayonara” yang dipertontonkan di Tokyo International Film Festival.
Apa pun kami merasakan ini bukan filem terakhir lakonan robot ini. Mungkin para penciptanya ingin menguji tahap realisma robot itu dalam lakonannya dalam filem-filem akan datang. Dengan kata lain mereka mungkin mahu menguji sejauh mana manusia boleh mempercayai robot tersebut adalah orang sebenar.
Sumber : http://techkini.com/umum/geminoid-f-robot-pelakon-pertama-dunia/
0 komentar:
Posting Komentar